
Disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini pembelajaran dari rumah (online class) terpaksa dilakukan yang sedikit menyukarkan pelbagai pihak terutamanya pelajar yang mempunyai jaringan internet yang lemah. Setelah saya mengikuti kelas-kelas dalam program saya itu, saya dapat mengenali ramai kawan baharu dari pelbagai negeri bahkan dari negeri sendiri juga banyak seperti Faka dari Perak, Priya dari negeri Selangor, Emannuel dan Claudia dari Sarawak, dan Sylvera dari Sabah dan banyak lagi mereka juga merupakan rakan interview saya semasa pengambilan pelajar suatu masa dahulu.
Kelas secara virtual ini juga menyeronokkan kerana dapat bertukar-tukar pendapat walaupun secara virtual. Selain daripada itu, saya dengan rakan lain dapat melaksanakan tugasan kumpulan dengan baik dan saling bekerjasama antara dengan yang lain . Seterusnya, kelas secara atas talian juga memberi saya banyak pengalaman yang baharu seperti mencari ahli kumpulan sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugasan dan sebagainya.
