HOBI





     Hai semua..kali ini saya akan beritahu tentang hobi saya, untuk pengetahuan kamu hobi saya ialah membaca. Sebenarnya terdapat banyak aktiviti lain yang saya sukai tetapi membaca adalah suatu aktiviti yang saya sangat gemari. Seawal umur 13 tahun saya mula meminati membaca lebih-lebih lagi diwaktu saya keseorangan dan musim hujan (sambil minum teh 😆). Apabila saya membaca, emosi saya dapat dikeluarkan semua mengikut jalan cerita buku tersebut.

Rakan-rakan sekalian, buku terbahagi kepada dua iaitu fiksyen  dan non fiksyen. Fiksyen adalah berdasarkan imiginasi penulis, bukan kisah yang benar, bertujuan untuk menghiburkan, dan tidak membentangkan fakta, manakal non fiksyen pula adalah berdasarkan peristiwa faktual orang, kisah yang benar, dimaksudkan untuk memberitahu, dan fakta yang jelas.

Disebabkan saya seorang yang suka berimiginasi, saya lebih suka membaca buku fiksyen seperti novel romance dan horror. Penulis novel romance yang saya gemari adalah Siti Rosmizah antara karya beliau yang saya pernah baca adalah Takdir Itu Milik Aku, Andai Itu Takdirnya, Curi-Curi Cinta, Cukup Derita Itu dan banyak lagi. Selain daripada Siti Rosmizah, saya juga gemar membaca karya Damia Hanna dan Aisya Sofia kerana situasi yang mereka coretkan pada novel tersebut dapat difahami dan dibayangkan oleh pembaca secara mudah. Manakala novel horror pula yang pernah saya baca ialah Puaka Asrama hasil karya Khairul Nizam Khairani, Susuk Setan karya Ilya Abdullah dan banyak lagi tetapi disebabkan saya seorang yang penakut, novel kisah seram sangat jarang saya baca.





























































































































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Seorang Pelajar UPSI

                                                                           Hai semua salam sejahtera..setelah menamatkan pelajaran Tingkatan...