Ahad, 16 Januari 2022

Seorang Pelajar UPSI

                                                           




              Hai semua salam sejahtera..setelah menamatkan pelajaran Tingkatan 6 di SMK Gunsanad,Keningau saya melanjutkan lagi pelajaran Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Tari di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini pembelajaran dari rumah (online class) terpaksa dilakukan yang sedikit menyukarkan pelbagai pihak terutamanya pelajar yang mempunyai jaringan internet yang lemah. Setelah saya mengikuti kelas-kelas dalam program saya itu, saya dapat mengenali ramai kawan baharu dari pelbagai negeri bahkan dari negeri sendiri juga banyak seperti Faka dari Perak, Priya dari negeri Selangor, Emannuel dan Claudia dari Sarawak, dan Sylvera dari Sabah dan banyak lagi mereka juga merupakan rakan  interview saya semasa pengambilan pelajar suatu masa dahulu.

Kelas secara virtual ini juga menyeronokkan kerana dapat bertukar-tukar pendapat walaupun secara virtual. Selain daripada itu, saya dengan rakan lain dapat melaksanakan tugasan kumpulan dengan baik dan saling bekerjasama antara dengan yang lain . Seterusnya, kelas secara atas talian juga memberi saya banyak pengalaman yang baharu seperti mencari ahli kumpulan sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugasan dan sebagainya.



Saya mengambil Program Seni Tari kerana saya minat dalam persembahan tarian dari segi gerak dan bentuk yang dilakukan. Saya ingin melakukan persembahan yang terbaik bagi orang yang meminati atau yang mengemari untuk menonton tarian. Jika berkesempatan suatu hari nanti saya juga ingin mengajar perkara-perkara yang melibatkan tarian kepada orang lain supaya orang lain juga dapat mengetahui aspek-aspek yang perlu ada dalam diri sebagai seorang penari.

                        


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Seorang Pelajar UPSI

                                                                           Hai semua salam sejahtera..setelah menamatkan pelajaran Tingkatan...